Khamis, 30 Julai 2009

sebulan sudah berlalu

hari ini genap sebulan kedua adikku meninggalkan kami. sungguh cepat masa berlalu. rasa seperti semalam je. 2 hari yang lalu aku bermimpi. dalam mimpi tu aku tanya aida..sama ada dia ada mimpikan arwah maktam dan maklangnye atau tidak. dia menjawab ada. selepas aku bertanya.. nun di kejauhan sana..aku nampak kedua arwah tersenyum mesra ke arah kami. orang kata kalau kita mimpikan arwah..tu tanda arwah datang melawat kita..ntah ye ntahkan tidak. apa pun.. aku sedikit lega kerana dpt mimpikan mereka. jika mereka tersenyum..itu tanda mereka 'kenyang' di alam sana. mungkin doa2 dr kami sekeluarga sampai kepada mereka sebagai santapan. Alhamdulillah.

di posting akan datang..aku akan menceritakan detik kemalangan sehinggalah mereka meninggal. buat masa ni aku masih sebak lagi mengingatkan mereka. kalau takde aral..hari sabtu ini aku akan melawat anak2 arwah. dah hampir 3 minggu tak jenguk mereka. mereka pasti gembira dengan kehadiran mummy dan daddynya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan