Khamis, 30 Julai 2009

sebulan sudah berlalu

hari ini genap sebulan kedua adikku meninggalkan kami. sungguh cepat masa berlalu. rasa seperti semalam je. 2 hari yang lalu aku bermimpi. dalam mimpi tu aku tanya aida..sama ada dia ada mimpikan arwah maktam dan maklangnye atau tidak. dia menjawab ada. selepas aku bertanya.. nun di kejauhan sana..aku nampak kedua arwah tersenyum mesra ke arah kami. orang kata kalau kita mimpikan arwah..tu tanda arwah datang melawat kita..ntah ye ntahkan tidak. apa pun.. aku sedikit lega kerana dpt mimpikan mereka. jika mereka tersenyum..itu tanda mereka 'kenyang' di alam sana. mungkin doa2 dr kami sekeluarga sampai kepada mereka sebagai santapan. Alhamdulillah.

di posting akan datang..aku akan menceritakan detik kemalangan sehinggalah mereka meninggal. buat masa ni aku masih sebak lagi mengingatkan mereka. kalau takde aral..hari sabtu ini aku akan melawat anak2 arwah. dah hampir 3 minggu tak jenguk mereka. mereka pasti gembira dengan kehadiran mummy dan daddynya.

Jumaat, 17 Julai 2009

dah balik

jihah
tirah
irfan
hari ni ketiga-tiga anak buahku dah keluar daripada HTAA. mereka sampai ke rumah mak aku dalam 2.30 ptg tadi. sedih campur gembira pun ada. sedih melihatkan keadaan tirah yg disimen kaki kiri hingga ke pinggang dan begitu juga jihah yg disimen kedua2 kaki hingga ke pinggang. namun begitu perasaan gembira masih ada kerana mereka sudah keluar dan adanya senyuman di wajah masing2. tirah mulanya mau tinggal di rumah mak aku tapi dihalang oleh nenek sebelah ayahnye. berubah muka budak tu. sian betul dia. neneknya bagi alasan nanti susah ayahnye nak berulang alik menjenguk tirah di sini. aku mmg sakit ati dgn org tua ni drpd arwah hidup lagi. nanti la di posting akan datang aku citekan pasal org tua ni. yg pasti..aku dan keluarga tidak akan berdiam diri sekiranya dia nak bolot anak2 buahku ini utk dirinya saja. bukan apa..memang geram dgn dia yg selama ni tak pernah pedulikan budak2 ni sewaktu arwah hidup. siap suka kalau budak2 takde kat rumah dia. but now bila budak2 ni dah kehilangan ibu..dia buat2 baik semata2 tak mau keluarga kami menjaga budak2 ni. later la aku citekan.

aku: tirah nak duduk rumah sapa?
tirah: tirah nak duduk rumah atok aida (mak aku)
aku: kalau mcm tu mummy pegi keje dulu ye. ptg nanti mummy jumpa tirah
tirah: ok mummy

tak sampai 15 minit.....
tirah: mummy..nanti mummy balik ptg ni cari tirah..tirah takde
aku: tirah nak balik rumah atok abi ke?
tirah: memandang muka atok abinya
atok abi: ala mummy tak keje esok..boleh dtg pemanis, lagipun susah kat abi bla3x
aku: (yela tu makcik..tau sgt la ko mmg x suka budak2 ni dok sini sbb ko ada kepentingan peribadi waktu dorang sakit ni)

Rabu, 15 Julai 2009

anak2 buahku

jihah
irfan
tirah

tirah: mummy, tirah sayang mummy
aku: mummy pun sayang tirah
tirah: mummy, ibu dgn maktam dah takde. ibu dgn maktam dah meninggal. tirah kena doa byk2 kat ibu dgn maktam
aku: sapa yg bitau tirah
tirah: atok abi
aku: menangis sambil usap kepala anak susuanku

ni antara gambar yg diambil kat HTAA. tirah pesan 'mummy nanti tunjuk kat sumer orang ye'. Ya allah! kesian betul budak2 ni. masih kecil lagi tapi dah kehilangan ibu tersayang. yang paling kesian pada jihah yang bongsu. x sampai setahun nak menagih kasih ibu kandung setelah kematian ibu angkat (kakak aku) tahun lepas, dah hilang jugak kasih sayang ibu kandungnye.

di akhir pertemuan b4 aku balik....
tirah: mummy..kenapa tirah tak boleh duduk
aku: :(( :(( :((

til today ketiga-tiga budak ini masih dirawat di HTAA. irfan dah stabil. hatinya tak berdarah dah dan dipindahkan ke wad biasa. tirah masih menanti saat utk disimen kaki kirinya. doktor mengambil masa sbb menunggu luka ditusuk besi dipeha kirinya utk pulih sebelum menyimen kaki yang patah. jihah pulak dah disimen kedua-dua kaki. cuma nak menanti pernafasan dia saja. mungkin akan dilakukan pembedahan utk memasukkan tiub ke dalam paru-parunya. YA ALLAH YA TUHANKU, ko peliharalah anak2ku ini.

Jumaat, 10 Julai 2009

keratan akhbar



antara akhbar yang menulis kisah kemalangan. namun begitu 80% kisah ntah diceduk dari mana. geram pun ada. tp mak kata biarkan la..dorang nak jual paper so tambah rempah perisa sendiri tanpa bertanyakan kepada ahli keluarga kisah yg sebenarnya.

Rabu, 8 Julai 2009

kembali ke rahmatullah 29/6/09

zaleha 6/3/1984 - 29/6/2009

sal 31/5/1982 - 29/6/2009

hari ini..genap 10 hari adikku sayang meninggalkan kami sekeluarga. leha baru 25 tahun dan masih bujang. manakala sal pula 27 tahun..berkahwin n mempunyai 3 org anak. rasa seperti mimpi saja yg mereka sudah tiada. mereka dalam perjalanan pulang daripada cameron highland. kereta mereka menemui kemalangan di perkampungan sg gadak dengan kereta wira pukul 4 pagi. turut bersama dalam kereta itu..3 org anak sal. kesemua mereka dibawa ke hospital muadzam dalam pukul 5 pagi. kedua2 adikku disahkan meninggal dalam pukul 9.50 dan 9.58 pagi. ketiga-tiga anak buahku pula dibawa ke hospital kuantan kerana mengalami patah kaki dan berdarah hati.

salam terakhir

Sudirman

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya


Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

andainya aku punya waktu
masihku ingin mengulangi semula
saat indah bersamamu
sayang tak berkesempatan
abadikan saja salamku diingatan
salamku yang terakhir........