Isnin, 3 Ogos 2009

kunjungan yang dinanti

pada 1/8/2009 yang lalu aku, suami dan anak2 serta adik2 kembarku pergi melawat anak2 buahku di rumah ayah mereka di pemanis. saat yang paling x dpt aku lupakan bila irfan menjerit kegembiraan bila nampak aku dan mendepakan tangannya untukku peluk. dia memanggil namaku mummy!!! sambil memeluk aku erat seakan2 tak mau dilepaskan. tiba giliran tirah..dia pun sama menjerit dan mendepakan tangannya untuk memeluk aku. meskipun dia cuma berbaring namun dia juga mau dipeluk. menitis air mata aku melihat mereka. jihah apa lagi..tak mau ketinggalan mau dipeluk juga.

tirah tak habis2 tanya kenapa aku lama x datang. dia amat gembira bila aku belikan mainan alat perubatan untuknya. pada irfan dan jihah juga tak kulupakan. bukan main riuh lagi mulut budak2 tu nak bercerita dgn aku sampai aku pun pening nak dengar yg mana satu hehehe. tirah menyatakan betapa dia rindu padaku...mummy pun begitu sayang.... aku menyarankan pada tirah..bila dia dah boleh berjalan nanti..dudukla di rumah ibuku pula di muadzam..mmg itu yang dia nak buat katanya. atok abi dia menyampuk..'yela gilir2 kejap sini kejap sana'(nyibuk je org tua ni)..aku terus melayan karenah anak2 susuanku itu. mendengar mereka bercerita dan melayan mereka bermain.

oleh kerana aku pegi ke sana pun agak lewat..tak dpt nak abiskan masa yg lebih. dlm 1.5 jam je kat situ. tirah x abis berpesan agar aku dtg lagi di lain waktu..pesanan penajanye x lain jgn lupa beli mainan n jajan hehehe..tu je la yg boleh menghiburkan mereka. apa taknye..terbaring dan duduk sesekali je mana tak bosannya. irfan je la yg nampak segar sikit. namun begitu aku diberitau dia kena melakukan checkup di HTAA 2 minggu sekali untuk melihat keadaan hatinya. tirah dan jihah pula dijangka pergi ke HTAA pada 12/8 ni untuk xray tulang kaki.

sayu sungguh melihat keadaan jihah. dgn kedua2 kakinya disimen dan disokong oleh btg besi, dia cuma mampu baring dan meniarap saja. aduhhhh mmg x dpt nak tahan waktu tu. dengan gembira tanpa memikirkan keadaannya..dia menunjukkan aksi dia menari dalam rakaman telefon abg angkatnya sebelum kejadian. ya allah!!!! kesian betul anak buahku ini. apa agaknye yg bermain di fikiran dia saat melihat rakaman itu..dan melihat kedua2 kakinya yg telah disimen tu :(( :((. atok abinye memberitau..mereka berdua hanya mampu dilapkan dgn air suam saja bg menggantikan mandi. bimbang simen tu longgar ke apa tah.

sebelum balik..atok abi minta aku mengambil baju2 arwah adikku untuk dibawa pulang. katanya buatla apa yg nak dibuat..nak pakai ke..nak sedekah ke..sbb kalau tinggal kat situ pun tak guna. yg aku x leh tahan tu bila dia ckp..dia dgn anak pompuan dia awal2 dah amik baju yg dorang berkenan..anak amik 3 pasang..dia amik 2 pasang. aku syp je la..dlm hati menyumpah gak. bukan menyumpah sbb apa..tp sbb kesemua baju2 arwah tu..dibeli dgn duit sendiri..bukan duit pemberian suaminya a.k.a anak atok abi tu..so by right dia takde hak la nak amik. malas nak bising aku amik je la baju2 tu n bawa balik. at the same time..nuar one of adik kembar aku pun angkut sumer baju2 dia dr rumah tu. dah x selesa nak duduk di situ katanya. manakan tidak.. arwah dah tiada..untuk apa dia disitu lagi. meskipun atok abi pernah memujuk agar duduk je di situ untuk menemani dia dan budak2 sewaktu ayah budak2 tu kerja..tp dia tak mau. kami pun menyokong kalau dia tak duduk di situ lagi. nanti kang..jadi hamba tebus makcik tu plak..mcm yg dia buat pada arwah dulu.

waktu aku nak balik..ketiga2 anak susuanku memeluk aku dgn erat. tirah pesan berkali-kali supaya datang lagi. jihah pula...menangis. aku cuma mengiyakan aje. memang..kalau boleh aku nak lagi ke sana. tp...rasa lain sungguh..bila arwah dah takde. hajatnya nak la jumpa dorang 8/8/09 ni waktu mak buat kenduri 40 hari. tp atok abi bley plak kata..dia pun nak buat kenduri pada hari yang sama jadi x dpt la nak dtg bwk budak2 tu. sian mak..dia merindui cucu2nya. tp dek kerana terasa hati dengan atok abi tu..dia kta..dia x kan jejakkan kakinye ke rumah itu untuk merayu agar budak2 tu tinggal dgn dia pula sehinggala budak2 tu dtg sendiri ke rumahnya. jgn bimbang mak..bila tiba masanya nanti..budak2 tu mesti nak balik ke rumah kita juga. dr lahir mak jaga mereka..dah tentu mereka x kan lupakan mak.....

5 ulasan:

  1. apelah nasib budak2 tu kan ain? aku mc x sabar nak tunggu diorang duduk kat umah mak ko ain... baru la tenang rasanya.....

    BalasPadam
  2. tu la red. aku pun begitu. aku nampak sendiri cara org tua tu jaga budak2 tu waktu kat spital mau pun kat rumah dia aritu. time jihah mintak meniarap dia bley marah2 budak ko tau. ee ikutkan rasa tak hormat mau aku tajang2 je dia. sbb tamo ilang sabo la aku balik cepat. kalo tak lg lama aku menapak kat rumah dia tu bio dia sakit jiwa tgk aku bermanja dgn anak2 buah aku tu hahahaha

    BalasPadam
  3. alahai siannyer budak2 tu kak ain..amik je la budak2 tu kak...nanti takut sok2 dikerah2 budak2 tu wat keje...kite bukan tau kan?eeeiiii nk je tempeleng suke2 amik baju arwah kan?pastu siap ckp nak amik yg berkenan je..chit~

    BalasPadam
  4. memang sian ima. akak mmg tau org tua tu jaga budak2 tu sbb ada kepentingan peribadi. nak amik tros budak2 tu susah lak sbb ada bapak sendiri lagi. tp tgk la..kalau tau org tua tu siksa budak2 tu..mmg akak sanggup bwk ke court bio padan dgn muka org tua tu. mmg jenis muka x malu pun ya bila selamba DOG je amik baju arwah tu..eee mmg menci la dgn org tua mulut puaka tu

    BalasPadam
  5. xpe kak sabar2...kite same2 doa agar budak2 tu selamat dan bule balik ke pangkuan akk...

    BalasPadam