Selasa, 6 Oktober 2009

100 hari sudah berlalu

hari ini 6/10/09 genapla 100 hari adikku2 meninggalkan kami. sungguh cepat masa berlalu. rasanya macam semalam je peristiwa itu berlaku. dua org anak arwah tirah dan jihah sudah selamat berada di rumah mak. simen di kaki mereka sudah dibuka. sayangnya mereka tidak boleh berjalan lagi. doktor kata sendi dan urat mereka keras. apa taknye..3 bulan kena simen. ikutkan mak memang x setuju bila nak disimen kaki tu. dia lebih suka ubat cara kampung dulu. tp apakan daya. dia cuma seorang nenek sedangkan budak2 tu masih ada ayah yg tau mana terbaik utk anak2nya.

sejak duduk dgn mak, tirah dan jihah diurut setiap hari, disapu madu dan kapur setiap hari utk melembutkan urat dan sendi kakinya. kalau ikut atok abinye..nak antar gi terapi kat spital je. dia x pk agaknye kos yg kena keluar untuk terapi tu. dahla dorang tgh sesak dr segi kewangan skang. perkara ini dicitekan sendiri oleh adik iparku. dia mmg terasa betapa susahnye bila bekerja sendiri dan menanggung anak2nya lebih2 lagi dengan keadaan mereka sekarang ini. sebab itula mak aku menyarankan agar dihantar saja budak2 tu ke muadzam agar mak boleh ubat cara kampung. tirah dan jihah memang suka bila mendengar perkara ini sbb mmg dah lama mereka tunggu untuk tinggal dgn mak aku.

perkembangan baru setakat arini..tirah sudah boleh berjalan sedikit tanpa sokongan orang lain. jihah pula sudah boleh membengkokkan kedua2 kakinya dan mengangkatnye ke atas. sebelum dihantar ke rumah mak mereka hanya terbaring dan meniarap saja. mereka amat gembira. lebih-lebih lagi bila mak menjanjikan untuk membelikan basikal setiap seorang andainya mereka berdua sihat. tu yg semangat nak sihat hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan