Ahad, 11 Oktober 2009

Atirah oo Atirah

kesian betul bila aku tgk anak susuku yang sorang ni. umurnya 6 tahun. tahun dpn dah masuk darjah 1. aku cuba menguji atirah untuk membacakan ABC. dia boleh membaca tanpa melihat abjad-abjad tersebut. namun bila aku tunjukkan abjad ABC dia tidak dpt mengenali huruf yang aku tunjukkan. Ya Allah!!! kesiannya anakku ini. adakah kerana 3 bulan tidak ke sekolah menyebabkan dia tidak mengenali abjad-abjad tersebut???

aku dan suami sama-sama bersetuju untuk membantu atirah. lebih-lebih lagi sekarang dia tinggal bersama ibuku. aku akan pastikan..sekurang-kurangnya dia boleh mengeja sebelum sesi persekolahan bermula. aku tak mau melihat dia ketinggalan. ya..mmg aku tau ada kelas khas untuk kanak-kanak yang tidak tau membaca dan menulis. dulu..waktu ada arwah ibunya memang bab persekolahannya terjaga.tp kini dia sudah tiada..ntahla aku rasa takkan terjaga kebajikan pelajarannya. masakan tidak, kalau betul abi dan atok abinya pentingkan masa depan tirah, kenapa mereka tak mengajar dia utk mengenal abc sepanjang dia terlantar di rumahnya??? tak terpikirkah mereka akan nasib yg akan menimpa atirah jika dibiarkan saja begitu.

bila aku tanya tirah nak belajar dgn mummy tak? dengan cepat dia menganggukkan kepala dan berkata dia memang nak belajar dan menjadi pandai. sayu sungguh melihat dia yang terkial-kial membaca abc sambil memegang flash card tu. dia takut-takut baca..bimbang tersalah sebut huruf. masa yg ada pun tak lama. belum tentu abinya akan membenarkan dia tinggal dgn ibuku bila dia dah jihah sama-sama pulih sepenuhnya drpd patah tu. dalam masa yg singkat ini la aku kena gunakan sebaiknya utk mengajar atirah membaca dan menulis. aku ingin membuktikan pada abi dan atok abinya bahawa kebajikan pelajaran tirah memang terjaga andai dijaga oleh keluarga kami. kalau itu pun mereka x nampak..tatau la aku nak ckp mcm mana lagi.

tirah sayang...mummy janji..mummy akan ajar tirah sampai tirah boleh membaca dan menulis sepanjang tirah tinggal dgn atok aida!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan